jangan pernah sangka
jalan akan sentiasa ada cahaya
yang sabar menanti di hujung sana
withdrawal symptoms- Abnormal physical or psychological features that follow the abrupt discontinuation of a drug that has the capability of producing physical dependence. (sumber)
terfikir dalam separuh masa dalam salah satu pengajian psikologi minggu lepas, kenapa agaknya withdrawal symptoms tak wujud dalam perkara perkara yang elok yang jika kita tinggalkan akan membawa kepada withdrawal symptoms.
-
RAMADHAN- tok penghulu segala macam bulan. yang padanya dijadikan hari yang lebih baik daripada 1000 bulan. bukan dia yang perlu kita ihya' kan tapi KITA yang perlu di ihya' kan.
beruntunglah mereka yang menangis kegembiraan dalam menyambut ketibaan ramadhan dengan rasa penuh syukur ditemukan semula dengan tawaran jualan murah daripada Yang Kuasa.
beruntunglah mereka yang menangis penuh duka atas pemergian ramadhan kerana khuatir tidak ditemukan lagi dengan bulan maghfirah.
rugi yang teramat rugilah mereka yang menjalani hari hari dalam ramadhan seperti mana hari hari lain dengan rasa dan jiwa yang tetap sama seperti yang sebelumnya.
memelihara hati itu satu amanah; sepertimana Maha Pencipta pinjamkan dari awalnya- putih, suci, bersih. seperti itulah harusnya kita pulangkan kembali.
coming soon- poster ramadhan
allahumma ballighna ramadhan
23 syaaban; 6 days to ramadhan
p.s. bila lihat kamu, ada rasa suci. macam lepas minum susu kotak setiap pagi.
tak menyempat nak merasa bumi irbed sunyi tanpa ramai malizi. bukan erti aku tak suka, cuma ingin pada yang sedikit bisu; tanpa riuh :)
selamat pulang berbazar ramadhan, minta duit raya coki coki ok !
|