kimia sempurna

memohon dengan amat

God grant me the serenity. To accept the things I cannot change; Courage to change the things I can; And wisdom to know the difference. Living one day at a time; Enjoying one moment at a time; Accepting hardships as the pathway to peace; Taking, as He did, this sinful world. As it is, not as I would have it; Trusting that He will make all things right. If I surrender to His Will; So that I may be reasonably happy in this life. And supremely happy with Him. Forever and ever in the next.

Selasa, Jun 16, 2009

tafsiran yang pelbagai

|

hidup jangan asyik meniru lalang !
(sumber : sini)

semalam boleh dikatakan berakhir sudah peperiksaan semester 2 atau dengan kata lain, tamatlah riwayat ilmu teori dan segala macam system di JUST bagi pelajar tahun 3. setelah digemparkan dengan berita sahabat-sahabat kaherah, petanda Allah itu sedang berbicara, mentarbiyyah setiap hati namun bukan semua yang tersentuh menangisi akan bertindak dan mengambil ibrah.

jika kita hanya melihat peristiwa tersebut atas dasar qada' dan qadar Tuhan tanpa apa apa kaitnya dengan diri sendiri yang masih diizin pinjaman nafas dariNya, memang hanya sekadar memandang dengan sayu, sedih dan empathy.

cukupkah ?

setelah membaca entri ini di belog seorang sahabat usai kejadian, aku turut dijentik hati memandangkan memang kebiasaan (3di) setelah tamat peperiksaan, kita yang kononnya dah senak dan semput kepala menghafal segala macam nama ingin lah bersuka ria buat seketika. tapi ingatkah kita, mati itu bukan datang bila kita betul betul bersedia. jika ya, untung dan memang atas dasar kasih dari Dia.

ramai yang pastinya terfikir : "untungnya dia seperti itu, dan bagaimana pula aku". namun jika dialog monolog dalaman atau luaran itu hanya sekadar dialog tanpa apa-apa action seterusnya, nak buat apa ?! fikir sahaja, tanpa apa apa penyelesaian tu macam baca buku bahagian prologue je.
Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (An Nahl : 128)
cukuplah dengan dunia yang memangnya semua sedar bukan selamanya tapi kita terkadang alpa mengejar yang sementara itu dan tinggalkan yang selamanya.

muhasabah sebelum berangkat. moga segalanya selamat dan beg diringankan berat.
bye bye irbed, gonna miss you.

p.s. moga rasa ini bukan yang sementara.

Ahad, Jun 14, 2009

yang telah tertulis

|

Jenazah selamat tiba di KLIA lebih kurang jam 1715 (GMT +2) dan terus ke Kepala Batas.
Tiba di Kepala Batas lebih kurang jam 2345 (GMT +2). Solat jenazah diadakan usai solat Subuh. Orang ramai mula memenuhi ruang masjid dan dianggarkan mencecah 1000 orang (Sub7nallah). Mengikut cerita mak, hujan turun renyai-renyai setelah proses pengkebumian selesai.

Moga roh arwah berada di kalangan mereka yang Allah kasih dan cinta.
Al Fatihah.







Minta di doakan sahabat sahabat Kaherah terus teguh berjuang dan cekal ! Rahmat dan kasihNya sentiasa bersama kalian.

Perancangan Allah itu yang sebaiknya. Takdir yang Dia tulis itu, terAgung dan tercantik.

Kami akan ke SANA juga satu hari nanti. janji Allah itu pasti.
Moga aku pergi dalam keadaan Kau dan mereka senang dengan aku. Ameen.

Pesan Ustazah Fathiyah :
- Jaga eckm, aman, saif dan kawan kawan lain, sama sama kuatkan.
- Kalau boleh, nak ke Cairo tapi junior dah masuk INTEC.
- Doa ustazah sentiasa buat semua anak-anak.

wallahu3lam.

Khamis, Jun 11, 2009

bicara Dia

|


Tuhan itu sedang berbicara dengan kau dan aku. memberi sesuatu, berharap kau sedar. melihat kisah mereka dalam konteks hidup kau dan yang kelilingan kamu.

Tuhan, bicaranya bukan seperti di kuliah yang kau dengar setiap hari. bukan juga macam yang kau sembangkan dengan teman sekelas.

bicara Tuhan itu Agung dan Tinggi.
dapat kau faham bicara yang mahu Dia kurnia ?
"maka Ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat." [al-Nasr: 3].
p.s. aku mahu cakap ini pada kau - kau jangan pergi dulu, ya ? maaf aku selalu memberi hari yang kurang enak dan indah. maaf !

sub7nallah, al7mdulillah, allahuAkbar.

kosong

|

aku dan mereka,
di takdir
akan bertarung minda.

moga diberi kurnia yang terbaik.

betullah, apa saja milik Tuhan.
bukan kau yang punya.

innalillahi wa inna ilayhi raji3un.

Al fatihah.

p.s. dia, yang tak pernah aku dengar sekilas buruk. moga berada di tempat yang lebih elok.

Ahad, Jun 07, 2009

tunda yang berganda

|


teringin nak naik beca
(sumber : sini)
malaysia,
tunggu aku 17hb nanti, ya.

moga Yang Maha Tahu mudah dan lancarkan segalanya.

p.s. ada yang nak teman aku balik ? saya alu-alu kan. takut tertinggal kapal terbang je.

Rabu, Jun 03, 2009

rancang yang cuma manusia

|

bila nak jumpa kau weh !

periksa medical ethics di tunda ke 18hb Jun.
secara norma patutnya aku bersorak riang. iya lah periksa di tunda bermaksud lebih hari mengulang pelajaran.

tapi.
cuba lihat tarikh tiket kapal terbang ke malaysia.

16hb Jun.
wow !!

mungkinkah 2009 menjadi tahun ke-3 tak pulang ke malaysia.
mungkin jodoh aku di jordan (?)

tak ada ruang dalam otak aku nak fikir jalan keluar untuk masalah ini. sekarang ni minggu periksa. kalau ikut hati, memang aku cancel flight. tak payah balik !!

macam apa yang kawan aku cakap, ada orang seronok dan ada juga yang terseksa. junior aku tengok seronok gila exam physio ditunda. tahniah la !

p.s. tak bagitahu mak dan baba lagi. yang pasti baba misti frust. oh !
saya pun frust jugak !!

Isnin, Jun 01, 2009

pertama dalam jun

|

petang semalam, aku dan seorang sahabat keluar membeli nota. setelah membeli mana mana nota yang aku tertinggal satu, dua kami terus mengambil teksi ke syari3 jam3h untuk ke cafe dengan niat penuhkan perut serba sedikit. bila nak bayat, sahabat aku ini tercari-cari beg duit dia. "eh, beg duit aku tak ada lah." setelah direcall balik, kebarangkalian ialah beg duit tertinggal di kedai membeli nota. "ah, nasib tertinggal kedai pakcik baik" kata aku.

setelah sampai di kedai nota, "beg duit kau tadi aku dah bagi dekat kawan kau. dia cakap dia kenal kau." terdiam aku. sahabat aku pulak hanya anggukkan kepala tanda setuju. "kawan yang mana satu ?" aku tanya. "entah, mana aku tau mana satu. tapi dia kata dia kenal kau" pakcik baik balas. dalam otak aku dah macam macam aku tafsir dan analisa kata kata pakcik tu. cumanya kawan aku, tuan punya beg duit cakap, "nanti ada lah budak budak ni bagitau aku" ."awat depa tak call kau je cakap beg duit ada dengan dia ?" aku timbulkan persoalan. dia tak mampu jawab. seterusnya berbagai lagi persoalan yang aku ajukan pada dia hingga buat dia berkata, "kau ni fikir macam macam sangat. ada lah kat sapa sapa tu" "tapi kat sapa beg duit kau ?" balas aku.

sampai di rumah, sahabat aku tu hantar sms "beg duit aku ada dengan kak ****. nanti nak pi amik. selamat je beg duit aku"

peristiwa hari ini menyebabkan aku fikir, adakah aku begitu prejudis pada manusia ? trust no one ??
heh.

(aku rasa nak buat kapal terbang kertas lah, dah lama tak main)
sumber : sini

p.s. dalam jiwa saya kini ada lapangan kapal terbang (mungkin kerana saya tengok mv band pesawat ?) tak ada pula dewan periksa atau nota nota. mana dia nota dan dewan periksa ? (ini satu kemajuan dalam jiwa saya !)

dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah kembalimu (31:14)

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya sedikit pun. sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka jangan sekali kali kehidupan dunia memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah (31:33)